Monday, April 7, 2008

Perjuangan membela pekebun kecil getah Bumiputra sabah

President persatuan pekebun kecil Getah Bumiputra SABAH, Encik Modili Bangli yang juga penolong kanan 1 SMK Bengkongan Kota Marudu telah memberi JAMINAN bahawa beliau akan berjuang habis habisan untuk membantu bumiputra khususnys di sabah untuk memperbaiki punca pendapatan mereka. Marilah kita berikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau untuk meningkatkan hasil getah kita. Walaupun beliau sibuk dengan tugasan harian sebagai pendidik namun beliau sanggup turun padang dan masuk kampung yang jauh di pedalaman untuk mendengar rungutan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pekebun getah. Beliau sesorang yang berwawasan, dan semoga beliau terus cermerlang, gemilang dan terbilang ke arah membela nasib pekebun kecil getah Bumiputra Sabah!

Saturday, April 5, 2008

YB DR MAXIMUS ONGKILI and YB Anita Baranting.

Congratulations! to both YBs in their recent victories and hopefuly the next five years will be an amazing development for Kota Marudu. Now it's a time to unite and to continue work toward prosperity.

JKKK Kg Bunsadan Kota Marudu.

Saya dilantik menjadi setiausaha JKKK kg Bunsadan merangkap Bendahari kg tercinta saya dua tahun yang lepas. Peliknya saya tidak pernah diamanahkan untuk memegang serta mengetahui jumlah sebenar wang JKKK kg saya setekat ini, Pengerusi Jkkk yang merupakan kawan baik semacam tidak tahu apa itu sistem pentadbiran yang telus, kalau tidak yakin dengan kemampuan orang kenapa saya dinamakan sebagai setiausaha dan bendahari badan JKKK? inilah orang yang ngam dicop sebagai MUSANG BERBULUH AYAM. Fikir-fikirkan lah kawan..

Musang Berbuluh Ayam.

Simpulan bahasa yang berbunyi "musang berbuluh ayam" amat relevan pada seseorang yang amat lecek dalam pencarian, tak kiralah apa benda yang dicari tapi hakikatnya manusia yang related dengan sikap ini mempunyai agenda yamg tersendiri. Fikir-fikirkan lah.....

Friday, April 4, 2008

Bersama jadikan dunia lebih aman.

Salam damai dan salam sejathra, yang amat penting sekarang ialah menjadikan dunia ini aman dan damai, bantu membantu dan tolong menolong antara satu dengan yang lain. saya yakin bahawa kunci semua ini, ialah sikap tolaransi yang harus kita miliki bersama.