Saturday, May 3, 2008

Ketua cawangan PBS kg Bunsadan dikatakan tidak sah!

Pemilihan ketua cawangan PBS kg Bunsdan pada 29/04/2008 tidak disahkan ini menurut sumber-sumber yang saya dapat dari AJK PBS cawangan Bunsadan. Pada malam pemilihan tersebut terdapat 3 calon yang bertanding, Encik Atin Linsayan dicadang oleh mantan ketua cawangan Encik James Sungkat dan disokong oleh Puan Gidong, calon ke 2 Encik JAsli Laiman dicadang oleh puan Jemilin Ganggan dan disokong oleh Encik Gamit, calon ketiga ialah Encik Joey Gondou dicadang puan Rosnaidah Gohun dan disokong oleh presely Joipin. seramai 28 orang ahli yang layak mengundi dalam pemilihan tersebut. Encik Atin Linsayan mendapat 10 undi, Encik Jasli Laiman mendapat 4 undian dan Encik Joey Gondou mendapat 14 undian. Encik Joey Gondou telah distiharkan sebagai pemenang dan seterusnya memegang jawatan tersebut untuk sesi 2008/2010. Dua hari selepas pemilihan tersebut mantan ketua cawangan Encik James dengan bersusah payah memaklumkan kepada ketua cawangan PBS yang baru dipilih bahawasanya pemilihan beliau tidak sah memandangkan pencadang beliau bukan ahli PBS kg Bunsadan. Puan ROSNAIDAH BTE GOHUN adalah penduduk tetap kg Bunsadan untuk makluman. Memperkatakan pembubaran dan pembentukkan cawangan PBS kg Bunsadan pada malam tersebut memang banyak kepencangannya, laporan ketua yang tidak berfakta, laporan setiausha yang tidak betul misalnya laporan bertulis tidak ada dan tidak ada penyata kewangan secara bertulis dari Bendahari. Susunan baru AJK cawangan PBS kg Bunsdan pada malam tersebut adalah yang terbaik memandangkan ianya kombinasi orang lama dan orang baru yang mempunyai latar pendidikan yang baik sekurang-kurangnya memiliki sarjana muda yang boleh membantu meningkatkan kemajuan Kampung. Biarlah orang kampung memilih dengan bijaksana sekiranya pemilihan diadakan balik. Isu pencadang itu tidaklah besar sangat memandangkan beliau juga penduduk tetap di Bunsadan, dan jawatan ketua cawangan bukan juga satu jawatan yang besar, ianya satu tanggunjawab yang harus dipikul dengan sebaik mungkin. Isu pencadang itu sengaja dimainkan oleh orang-orang yang mementingkan kepentingan peribadi!. Marilah kita penduduk kg Bunsadan Kota marudu yang tercinta bersatu dan lupakan kepentingan perbadi demi anak-anak dan masa depan kita.